Saturday, 14 November 2015

OUT OF BISNES bahhhh...

SALAM HUJUNG MINGGU
Salam Sejahtera..
Assalamualaikum..
.
"OUT OF BISNES"
Sebenarnya 2minggu lepas nak sharing benda ni, tapi baru sempat nak buat posting entry untuk facebook dan blog saya..


.

"Kenapa bisnes kena ada keuntungan"

saya sharing ni kerana sejak dari bulan lepas terlalu banyak saya dapat komen-komen dan inbox-inbox atau melalui whatsapp wechat dan sms pun ada nak minta harga LEBIH murah daripada harga modal sebenar dalam erti kata lain "harga member" atau dia nak lebih murah dari harga seller lain..ok ini hanya pandangan saya saja sila betulkan atau Tambahkan apa yang anda rasa nak tambah,

Dulu.. motif saya nak memulakan perniagaan atau bisnes kecil-kecilan adalah untuk Menambah baik kualiti hidup keluarga saya, ya memang betul semua kita nak berubah kepada lebih baik...dan selebihnya saya boleh beli apa yang saya nak..nak handbag? kasut? baju baru? tudung baru?? semua tu saya nak. lama kelamaan saya tak pandang semua tu bila saya mula sedar beberapa perkara dalam hal bisnes ni..
.
1.Bisnes kena ada untung untuk membolehkan kita membantu orang lain di dalam kesusahan (except yang nak pinjam tapi dalam status bole melancong luar negara- haahah) contohnya ada saudara-mara kesusahan kita bole bantu dengan duit keuntungan kita tu. betul tak? takkan kita nak bantu dengan modal pusingan barang kita pula? nanti kita sendiri pun tak dapat nak bisnes. Itu bukan bisnes dah itu out of bisnes..hihih..
.
2. Bisnes boleh mengeluarkan zakat perniagaan / pendapatan. Yup!! secara tak langsung kita bantu orang lain yang kita tak kenal pun melalui saluran yang betul, melalui tabung2 kebajikan, baitulmal atau untuk orang kristian atau agama lain diaorang juga ada tabung sendiri (info dari bisnes partner yang beragam kristian) btul kan?? takkan kita nak derma menggunakan modal perniagaan pula..itu bukan bisnes..itu out of bisnes.
.
3. Bisnes kena ada untung, bagi saya itu boleh memotivasikan diri sendiri dan orang sekeliling kita. kenapa??? sebab kita bekerja keras dan usaha kita dibayar dengan keuntungan tersebut. contohkan Nak ke anda bekerja TANPA GAJI???masuk office jam 730am balik jam 5:00pm. lepas tu majikan tak bayar gaji. lepas tu tak nak buat kerja..orang lain pun pandang kita "pekerja suruhan yang tak ada gaji..gaji kosong" nak ke??? mesti laa takkkkk le... selalu kita akan cakap automatik "untung la si A tu dapat untung banyak dalam bisnes dia" betul kan??? atau nak ke orang pandang dan cakap kita macam ni "Bisnes merugikan diri sendiri baik tak payah bisnes" hahahah tu bukan bisnes tu.. tu out of bisnes sudah.
.
4. Bisnes kena ada untung, bagi saya.. secara automatik kita letak harga pasaran dan automatik juga kita ada untng sedikit tapi konsisten lagi elok supaya pulangan setiap bulan sentiasa ada. dan sekaligus kita berlaku adil sesama rakan bisnes lain. saya agak tak berminat nak JV dengan bisnes partner yang suka main-main harga, keraana bagi saya itu sudah out of bisnes.
.
5. Bisnes kena ada untung, kerana bagi saya dunia akhirat juga sama. buat banyak dapat banyak buat sikit dapat la sikit. btul tak ok selebihnya memang out of bisnes.. jangan fikir diri sendiri.. fikirkan keluarga orang sekeliling dan paling baik adalah saudara mara ketika memerlukan.
.
The more you give 
The more you get
.
kepada rakan seperjuangan biarkan mereka yang out of bisnes tu..kita fokus..our bisnes mudahan Allah mudahkan. Last contohi Rasullullah SAW kita berniaga. Rasullullah juga ada mentor, mentor kita adalah rujukan kita sebenarnya untuk menunjukkan apa yang betul dan apa yang salah sebagai panduan. Jika mentor salah tunjuk maka salah jugalah tujuan dan arah kita.
.
“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”
Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.
.
Work smart,
Jiwa tenang pasti menang
jangan jadikan diri anda sebagai mangsa "out of bisnes"
yang kurang datang daripada saya yang baik datang dari Allah SWT.
‪#‎madahjak‬
.
‪#‎Auralegacy‬
‪#‎ProjekSTG‬
Ticer Nissa 0138654523