Tuesday, 20 October 2015

PASAR MINGGU BINTULU, SARAWAK.

Wahhh....

Baru dapat duduk-duduk lepak-lepak di dapur sambil menunggu kek milo ku siap..hehehe..so malam ni saya nak update aktiviti 2 minggu lepas semasa kami di Bintulu, sarawak. dimana saya juga pernah menetap disana selama 2 atau 3 tahun macam tu..lupa dah..maybe tak sampai 2 tahun rasanya lah..kami berpindah ke miri pula lepas tu.

Intro pasal Bintulu, sarawak. Bintulu memang unik bagi saya kerana suasana dia dan tempat makan dia memang best kalau dibandingkan dengan Miri. Banyak pilihan makanan seafood yang sedap2 dan fresh-fresh di bintulu. betul.. saya tak tipu.. hehe ni saya nak kongsi tempat2 saya pergi..kita outing 1 hari je di Bintulu.

MEE UDANG
saya pun dah lupa nama kedai ni.. tapi kedai makan ni dalam kawasan baru yang tak jauh dari Promenade Hotel. cari je mmg ada.. mula-mula saya tak nak tapi suami cakap..kalau tak cuba memang rugi la sebab tujuan asal kita nak ke Bintulu masa tu memang untuk jalan-jalan cari makan..hahahah ni la rupa mee udang...

Heheehe tengokkk...selera tak?? udang galah ni..ala2 sizzling macam tu lah.. harga ni haritu RM30++ lebih kurang sebab udang tu main timbang-timbang.. masa tu suami saya la yang pergi bayar..hahaha saya tau makan je..hihihi
Apa macam???? ada bran?? balik tu terus saya telan 4biji garlic tablet..yala kan tu udang kolestrol dia tinggi.. 


Lepas ja makan tu kita pergi Pasar Ikan situ ada jual macam..bukan ikan ja..ada barang-barang terpakai..ada bundle..ada supplement kesihatan ada jual bunga-bunga...

Yahhh sini la tempat nya kami baru sampai..cari parking punya lah susah.. wefie jap..hehe

Ni Start

jalan lagi kita jumpa orang jual ikan..freshhhh betul ikan-ikan sana turun dari boat terus di jual..untung la orang bintulu kan.. kat miri ada tapi susah nak dapat.. betuull..bukan susah kerana ikan tak ada atau nelayan tak cari..tapi kena awalll-awal dah siap2 ke tmpt borong ikan tu baru ada.. agak-agak orang miri memang suka makan seafood la kan..hahah termasuk laaa saya..hihihi...



saya konon-konon nak buat ikan masin..skali mak saya buat goreng ranggup2 makan sama nasi panas-panas...perghh juga hahahah entah  kemanala tu ikan masin sudah..ahahaha

saya borong ikan ni.. 2 ekor RM5. agak besar juga tu ikan.. 

lepas jalan-jaalan tu saya dan suami nak balik ternampak laa cendol + Pulut alamakkkk dah laa cuaca panas...tambah lagi ada cendol..dari percakapan suami isteri ni diaorang ni mcm "slang" orang perak mcm tu.. kita pun cuba la beli kan... alamakkkk RUGIII nya tak beli lebih sikit..hahahah ni la cendol yang perghhhhhhhh stakat ni saya rasa..


Nahhhh Cendol + Gula Melaka + Pulut
tapi saya tak ambik pulut..saya ambik kacang hitam je... cendol ni yang rasa macam
tepung beras(cendol buatan sendiri) sedaaaaappppp sangat2 rekomended...
.


pastu kat ujung jalan tu kita singgah ke kedai jual barang-barang lama..sempat juga saya bertegur dengan owner dia tu..dia kata suami dia orang terengganu (kalau x silap) lupa dah.ahaha..semua tu dia orang bawa dari sana.. dan cuba jual kat situ semasa ujung minggu je.. umur dalam 50an mcm tu lah.. dah berumur tapi saya yakin diaorang ni hobi memang macam tu anak-anak dah besar kan.. pasangan tu juga ada jual anak-anak bunga...saya terlepas sebab ada orang rebut anak pokok MINT...hahah itu la orang cakap "siapa cepat dia dapat" hehehe..

haaa kau nampak?? ada botol kokakola limited edition sana tu..lagi pelita zaman dulu2.. ada juga jam tangan design lama-lama... seronok juga tengok sebab macam flash back ke zaman kecik-kecik dulu.. saya cuma beli kacip tembaga je..untuk dijadikan ole-ole buat ibu mertua ku... (sebab dia makan pinang sirih hari-hari kann) hihihi

sebelom balik sempat la saya singgah sini kan tengok2 nelayan susun balik pukat-pukat diaorang..tengok keindahan ciptaan Allah... seronok.. terima kasih Ya Allah kerana saya masih dapat melihat keindahan ciptaan Mu.


Eh ehhhhh dah nak abis cerita..cukupkan... untuk malam ni jak.. so esok-esok inshaa'Allah kita jumpa lagi..terima kasih kerana sudi membaca...eehehhee kalau ke Bintulu jangan lupa cuba Mee Pok, Mee Kolok, Mee udang, Belacan.. pergh perghhhh...hahaha



Assalamualaikum,
Ticer Nissa
0138654523
#ProjekSTG
#AuraLegacy

Wednesday, 14 October 2015

SALAM MAAL HIJRAH permulaan hari baru

ANAK MELANAU + IBAN KAWEIN SAMA ANAK KAYAN

Assalamualaikum…

Katanyanya berkongsi macam mana penghijrahan kami 2 suami isteri berhijrah kepada ISLAM.. walaupun keluarga kami semuanya masih beragama bukan islam.. ya..dan bagaimana pula kisah penghijrahan kami berdua..saya cerita dulu lah part jumpa mcm mana ok.. pada suatu hari…..

CHATTING ROOM MIRC punya ANGKARA
kan..serius.. pada tahun 2003 macam tu kalau x silap..saya bekerja di kedai komputer… maknanya cyber station..masa tu internet memang limited tak macam sekarang.. 1jam surf internet dikenakan charge RM4 ke RM5.. tapi saya dulu kerja kan..so all time free..hahahah..kau ade?? takde kan kan kan..hahaha..kita ada chat room.. Yahoo Messenger..friendster masa tu..dan myspace yang wall nya ada berbunga2 atau wall nya bajet paling cantik super cute…ada daun2 live wallpaper kan…hihih (siapa dulu mcm ni mmg tau laa hehehehe) kita berkenalan dalam MIRc (Asl Pls) hahaha.. memula dia ni (suami) pm kita “

hai, Asl pls” saya jawaplaa “20 / f / miri” haaa.. terus terang makk tauuu hahahhaha.. 
pastu saya direct tanya “saya skarang ni nak cari kawan muslim sebab baru nak tahu pasal islam, kalau kamu bukan islam saya taknak kawan” (huhuh punyalaa direct mind set) hahhahaha pastu dia pula tanya saya balik “eh saya pun sama, nampak tujuan kita sama” pastu start laaa kita berbalas2 email kan kan… untuk pengetahuan suami saya ni orang miri juga dan dia masa tu masih belajar di Melaka (Utem) lebih kurang macam tu lah bunyi tempat belajar tu..sebabkan saya ni tak belajar tinggi takat SPM jak..
Suamiku tepi skali dari kiri (berdiri)
masa ni dia masih blaajar lagi lah kan..heheh

zaman bujang-bujang dulu kan kan..hahaha



TAHUN 2004
Saya convert diam-diam tanpa pengetahuan encik suami masa tu (boifren jarak jauh) saya nak tengok sejauh mana dia punya cakap nak convert (sebab dia ckp dia nak convert kan) kot saja je ayat menekel saya masa tu (masa chatting)... so.. saya convert 18 oktober 2004. Dan masa tu suami dah bagitau dia ada cuti semester… dan dia cakap ada perkara nak dibincangkan semasa di Miri. (saya tau tapi buat-buat tak tahu) lelaki kan..hehhe..

pada hari yang dijanjikan.. saya dah start berhijab (masa tu kodak tak ada kamera abis bateri) masa tu tak sempat la nak capture 1st time muka berhijab.. dan jumpa suami..dia dari jauh renung..sampai je face to face saya tanya “nak cakap perkara apa” dia diam je..dia cakap “saya tak jadi cakap” (hek elehhh dalam email kan main dia kan..siap serius emoticon lagi) hahahahaha..  kot ayu sangat saya masa tu kan hahahhaha.. saya dah convert so makan-makan pun kita tak pergi makan tempat macam sebelom-sebelom convert. dan dia balik semula ke melaka, sampailah 2 tahun 
1st time solat raya ke 2nd time..lupa dah,,rasanya tok yang ke 2 ke 3 lah..sebab tok kereta kawan saya tok Nortynie Tahir.

RAYA Pertama kali ahaha aduhai tgok muka pesen seposen ya. 

Raya ke 2 buat saya



DECEMBER 2006
saya yang ajak dia menikah.. (ye saya) bukan suami.. huhuhu sebab saya taknak la cakap-cakap orang kampung..dan cakap-cakap orang dan suami pun setuju (dia pun hairan kenapa la saya ajak dia menikah) hihi.. sebab kan masa tu dia last semester. Saya cakap saya tak kisah kawin tak ada pelamin, tak ada makan-makan, tak ada mas kawen ribu riban, janji sah suami isteri..saya yakin kerana Allah dah bagi petunjuk kat saya (solat istikharah) dia adalah untuk saya.. "Ya, Allah, jika dia baik untuk agamaku, untuk kehidupan duniaku, dan untuk kehidupan akhiratku, maka takdirkan dia untukku, mudahkan segala urusan kami, dan berkahilah. Jika tidak, maka palingkan aku daripadanya dan palingkan dia daripadaku"
dan kami pun pergi menikah ala-ala kadar hanya keluarga terdekat jak tahu kami menikah.. 

Ni jak la yang ada..



“kerja boleh dicari asalkan usaha” betul lah masa dia belajar dia buat part time jadi bell boy di hotel-hotel  melaka, dan saya pula buat 2 kerja dalam 1 hari.. siang di cyber station malam pulak di warung kedai makan..sampailaaaah 6bulan lepas tu saya disahkan hamil. 7bulan hamil tanpa suami bermulalah kisah2 fitnah, orang kata bunting tak bersuami Allah je tahu masa tu.. tapi SABAR saya balas dengan senyuman je.. bila suami balik miri, TUTUP mulut orang sekejap datang lagi 1 cerita yang saya ni menampung suami bukan suami menampung isteri.. maknanya masa saya bekerja dia baru habis belajar… masa tu kami ada motor kapcai jak.. tu pun moto bapak dia yang punya..hahah lucu… tapi saya yakin.. Allah ada rancangan buat kami yang lebih baik..lagi banyak orang mengutuk lagi banyak kebaikkan tu datang. perut memboyot 7 bulan naik moto Ex5 hahaha.. serius men bergegar2 perut ku yang comel tu..hahaha.. 1bulan lepas tu.. dia dipanggil untuk temuduga (kalau x silap dia masuk terus bekerja) dan saya pula tengah tunggu hari untuk bersalin.. alhamdullilah daapat kerja gaji start up dalam 4k ok juga tu kan untuk yang baru nak memulakan hidup suami isteri.… saya stay miri dia pula di bintulu. saya bersalin 24 Feb 2008 lahirkah Ahmad Yahya. tengok muka dia… comel tak..hehhee.. dan 2 hari selepas yahya lahir kami pun dapat kereta baru yup!! our 1st car PESONA KELABU 1026.. dan dari hari ke hari improved lah kehidupan dan sentiasa diperbaiki inshaa’Allah. semuanya dengan izin Allah.
Masa ni dia dah start cari part time gala bini dah nak bersalin kan Gdex Express part time Palace Inn

Ahmad Yahya anak pertama kami yang mengconnectingkan kami sekeluarga heheeh comellll
gerem laaaa...

4 Ahmad berhari raya Tahun  ni 2015



PENHIJRAHAN SEBENAR
KEPADA rakan bukan muslim kami. Tidaklah saya nak mengetepikan kalian.. dan ya macam biasa kami semua masih macam biasa kawan2 even kami pun kadang bercerita pasal agama masing-masing. Bagaimana saya berhijrah? saya dikelilingi oleh rakan-rakan muslim yang tak pernah nak memandang serong atau menghina agama lain sampaikan saya terpikat dengan agama islam. Islam tidaklah sejahat yang orang gambarkan dan tidaklah sesusah yang digembar gemburkan.. ya MANUSIA yang membuatkan nya jadi susah. syukur alhamdullilah keluarga saya sendiri pun terima saya sebagai “orang baru” malah diaorang tukar semua kualii periuk di rumah untuk menghormati saya. (Thank you mak..) yaa sepatutnya kalau ada dikalangan ahli keluarga anda beragama muslim… anda jangan ketepikan mereka..kerana mereka juga manusia.. cuma pegangan agama saja lain-lain. saya respek apa yang mak saya buat supaya kami sentiasa datang dan makan bersama-sama di rumah.. betul kan?? lagi kita mengecam dan mengeji agama orang lain.. takkan ada seorang pun suka dengan kita. walaupaun adik beradik sendiri. kalau kita respek agama orang orang akan respek juga kita.. betul..??? respek each other so we can connect everytime bila2..sik payah nak meroyaannnnnn.  dan saya berhijrah juga.. atas saya mimpi membaca Yaasin…ya waktu tu bulan ramadan. perkataan ayat pertama saya dengar adalah “Yaaasinnnn….” semenjak tu saya cari makna ayat-ayat tu.. ya itu lah bermula penghijrahan saya. yang mungkin orang kata tak masuk akal..tapi semuanya rencana Allah. kita semua ada pegangan. saya juga ada ramai kawan non muslim, mereka semuanya baik-baik dan respek pilihan saya. Thank you gojesss.. muaahciked… hehehe..sium kuyukk.. 
Jika baik solat ku maka baiklah agama ku
jika baik agama ku maka baiklah akhlak ku.

Ni geng keras walaupun agama lain kan..
tapi dia respek saya dan saya pun respek dia.. syukur ada kawan mcm ni


Abang saya tok Alai ataupun nama sebenar Huzaifah @ Peterson
Semasa keramaian bahagian bukan islam kita pun dijemput dan juga menghadiri
inilah yang saya suka..kerana mereka faham apa yang saya "boleh" dan "tak boleh"




PENGHIJRAHAN SUAMI
suami convert sebelom menikah. saya tahu kenapa dia nak berhijrah, tapi saya tak nak cerita kat sini. takut-takut ada yang kecik hati kelak. apa-apa pun.. suami boleh baca Al-Fatihah 2 hari selepas convert, dan Doa Qunut (nak kawen punya pasalkan hahahaha) 
kalau nak tau nanti2lah dia akan story mory.


Biar imam ku sendiri cerita nanti ya..



RUMUSAN
JANGAN Lihat status orang dari luaran kerana kita tak tahu masa depan

JANGAN menilai KOCEK orang kerana kita tak tahu apa yang kita tak nampak

Kalau nak kawen zaman sekarang tak perlu nak Loan loan bagai..sebab apa yang penting adalah SELEPAS KAWEN..nanti susah nak baayar balik betulll….kita yang nak kawen yang buat keputusan bukan mak baapak kita.. doa selamat sikit ok la tu.. jangan memberatkan pihak2 yang tak mampu dengan permintaan yang melampau-lampau.

Bantulah suami kitak orang sebab nya sikkan mampu naik sorang-sorang tanpa sokongan isteri.

Hormat agama lain sebab islam tak mengajar kita untuk menghina agama lain. 

Hormat mak bapak kita walaupun agama kita bertukar.. tapi mak dan bapak adalah mak dan bapak kandung yang melahirkan kitak selama 9bulan :( :( (thank you mak)


Thank you mak....


yahh end of story
JANGAN DENGAR apa orang kata dan Yakin pada SUARA DALAMAN sendiri. Kerana anda sendiri yang menentukannya..jangan kerana 1 cerita yang sik best ya dari 1 pihak, semua pihak di salahkan...

Salam Maal Hijrah,
Ticer Nissa
Carolyne Nissa 
Ticer Nissa  :)





Monday, 5 October 2015

BERHABUK ~ Demam Vietnam Lama Sangat~





KISAH VIETNAM MELANCONG FREE (Journey Begin) 

huk huk huk..Batuk Batuk Batuk..
lama sudah tak ku buat entri..bah ini malam saya kasi up ni entri lah..
sebenarnya dah lama simpan arctikal ni kita copy paste saja yaaa...bole kan kan kan.. hihih..

alalalala takda lah..ok pengalaman pertama kali melancong ke luar negara walaupun takde la jauh sangat kan dari kuala lumpur hanya ambil masa 1jam 30minit naik flite,... ini adalah percutian percuma yang diberikan oleh syarikat untuk yang mencapai target pada 4bulan berturut2.


Day 1 : 
Memang berdebar2 kita masa naik flite tu sbb yelaaaa 1st time keluar negara kan kan..hahaha rasa sakai jak tu sentiasa ada bah..dan masuk area international KLIA pun dah lain mcam hahaha sebb mana pernah ke luar negara kan sebelom ni..untuk yang bakal pergi keluar negara 1st time mcm saya ni kan...masa masuk ke kawasan cek tu air minerel dah tak bole bawa dah kalau ada kena minum abis sampai kembong hahhahahaha..or kena buang dalam tong sampah.. opp jauh dah cerita..
KLIA International Gate?? lupa sudah hahha G8 rasanya kot

Day 1 di vietnam kita terus dibawa ke tempat makan yang namanya aku sendiri pun tak tahu yang penting HALAL.. syukur alhamdullilah kita diberi makanan percuma penginapan percuma..transport bawa kita kesana kemari lagi...semua is FREE!! yee FREE bawa duit untuk shopping jak pun... ni la kedai makan kita 1st day aritu 1st day kita guna merah tu kedai makan ala2 restoran.. (mmg restoren pun) 2 tingkat berhawa dingin kita disajikan dengan makanan Seafood  


Masa makan 1st day vietnam makan2.. yah




Ikan Stim.. ikan apa tak tahu..hahha
Pedas ni udang tapi sedap
Sup Ketam so yummyy


Lepas tu kita balik hotel.. kita menginap kat HOTEL EQUATORIAL VIETNAM.. mmg best juga bah..sebab kami datang2 ja terus di sambut dengan minuman.. entah la apa rasa minuman tu..dia rasa air kelapa tapi masam2 gitu.. 

















hahah kan tengok muka saya tu,,kena "sensored" lengan biru kasian mak tak nampak muka..waahahaha.. ni la air nya tak tau apa nama air ni..rasa sagun pun ada juak..
1st day pun dah cukup penat kita pun rehat...rehat untuk day 2..pulak kan...mestila penat seharian x mandi hahahaha kau rasa apa?? kalau tak ada sabun marine essence.. serius bauu badan menusuk2 kalbu geng!! hahaha.. tu day 1.. tema warna MERAH...gituuuuu...


DAY 2 :

Day 2 kita dah start jalan2 dah kita ke Delta Mekong.. aieee pengalaman pertaama..tp nampak air tu dah biasa dah mcam aik sungai rajang ko tauk kan..hahahah tp bangga jua la kan mekong river ya saya kenal sebab running man punya pasal..hahahahha bukan pasal geografi nya.. tpi sepanjang perjalanan tu mmg saya cuba sedut2 info yang ada dari tourist guide.. ni FLASH BACK ya yng ni sebab saya dah sedia tulis dalam diari..kata Mentor Arifin.. start your journey with diary..nanti senang nak cari idea untuk menulis...ala2 traveller blog kan kannn..naaaaa kan btul2 jadi..hihih.. panjang sikit tauu.,,..


Day 2 : (FLASH BACK)
Makan di hotel And otw ke mekong sepanjang perjalanan banyak sawah padi. Dan atas sawah padi ada kubur sebab ada family sik mampu so tanam atas sawah jak.. kita beruntung sebab kita dah disediakan tanah perkuburan dan semua diuruskan oleh orang. Dan sepanjang perjalanan ya jua banyak motosikal.. dan utk membezakan golongan sidak tok melalui helmet..dan majoriti sidak pun freelance sikda bekerja tetap..
pendek kata..kalau nak HIDUP SELESA dan mampu

menanggung family sidak akan keluar mencari kerja dan sidak sikda kerja tetap.. sian kan..kita sitok kerja tetap pun masih ada yg sambil lewa buat kerja.. dan Majoriti sitok SUAMI akan serahkan kerja2 menguruskan kewangan serah 100% kat isteri sidak sebab pada pandangan sidak isteri berhak ambik semua duit gaji sidak sebab isteri lagi FAHAM apa yang perlu dibeli utk keperluan keluarga.

Nampak???? Hahaha kalau kita org malaysia???mmg habissss laaaaaaaaa
duit gaji untuk ke shoping komplek....hahahaha..
btul x?? So utk kes ya kita buat la BISNES PART TIME ada bonus everymonth.. ada MELANCONG FREE aaahh sapa mok beri ya?? Sik perlu gago dengan hotel makanan halal.. just bawa vontot jak hahaha.. dan duit bonus bulanan untuk Shoping kaw kaw
(Adaka suami beri semua gaji kt ktk orang??) Sikda kan..ya kes kompare dengan penduduk vietnam k..

jgn salah maksud..heheehe.. ok.. that all.. nanti kita update gik k nangga2 negara orang..
nangga2 cara sidak hidup..seronok..sebab kita akan belajar sesuatu yang baru
untuk menjadikan kita lebih kuat.. 


kaptenhook and konco2 hahahah gurau jek..

persinggahan


Ada ati kamek nak jadi jurugambar ala2 sepulnang... hhahaha aiiipppp semesti nyalaaa kita mesti ada orang yang membuatkan kita terinsipirasi kan...kan.. btw ini la mekong river... besar owhh dalam 3kali ganda besar lagi dari sungai rajang... cuma aik nya sama jak mcm aik milo..hahahha..
 FLASHBACK HO CHI MIN TO MEKONG
"When you sleep at your vacation.. it like you waste your money-Tahn Lim (Tiger =Tourist Guide)"

Hahaha.. ya betul.. walaupun PERCUTIAN FREE..dan 100% di sponser.. saya taknak la sia siakan moment.. yalah bila lagi Nak nginjak negara orang kan? Walaupun mampu pergi 1 hari kelak tapi tour
semacam tok memang mahal..
And jangan sik tauk sepanjang perjalanan saya nangga rumah memang fix dan size sama jak..saya diberitahu rumah sidak hanya diberi 4park jak besar dan panjangnya lebih kurang 20kaki mcm ya jak..tapi di vietnam semuanya adalah tanah kerajaan bila2 masa sidak akan ambik tanah ya.. oo tedah.. beruntung la di malaysia.. bahh boh beli kereta gik..beli rumah kah..tanah kedirik gik..hehehe..

Ni orang memang x jauh dari kita "bestfriend" baru kita..walaupun baru kenal tapi dia ni kepala sporting gilerrr... entah maybe sbab kami ni kan sama umur..kan kan.. sib baik juga ada jumpa org yang baik2.. dah la percutian free..jumpa kawan baru yg sama kepala lagi aishh mmg best laa #projekSTG ni kan kan kannnn (MACAM BIASA JURUGAMBAR MEMANG TAK BANYAK GAMBAR) gambar sendiri dalam cermin sajalahhh ye..hihihi


1 orang namanya Mas..1 orang namanya Wan.. mas wan mas wan hahah ala2 nama si wide borderrrr.. kau adeee...ihihihi 

ikan duduk sedaapppppp makan tengahari kami

udang galah..alahai sabar jela kolestrol buat2 x nampak

durian duriannn sebiji ni rm22 

kami menyusuri sungai mekong laluan x tau apa nama ni tp seronok
juga bah

yeahhh ahernyaa ada juga muka saya situuuuu hahahaha
Amboi mentor saya ni pun hebat berselfie sama tu buah piasau..haha..terbaik lah


LEPAS KE MEKONG KITA DIBAWA KE PASAR BAN THAN apa namanya tu spelling tu saya x pandai gilak..ahahah kalau orang sitok sebut bantan sajalaaa kan...yang tak saspek sangat pasar tu bahaya juga sebab ala2 mengugut juga kalau anda sibuk sebut harga dengan diaorang tu...seram tauu tapi harganyaaaa memangggg MURAH GILAAAAAAA..... dan diaorang juga menerima RM disana so tak payah laaa nak sakit2 kepala nak tukar kepada Dong vietnam..
KISAH GAJAH 3 EKOR dijumpai...terdampar di sungai mekong...hahahahhahaah

tawar menawar saya yang risau.... sempat jua berselfie kan..


KAMI hanya diberikan masa 1jam je dalam ni sebab ESOK ADALAH PENENTUAN SHOPPING tu..Tourist Guide kami suruh kita servay2 dulu katanyaaa...baik laaa..so kami just jalan2 sana lah..jumpa pula amoi veitnamm canntek banget..muka licin body slim...itu yang saya katakan tadi perempuan mencari nafkah keluar...kesian kan
sebab dia yang terpaksa keluar.,.demi sesuap nasi..kami yang tengah tunggu bas untuk pick up beli la apa yang patut nak tawar menawar ni memang saya lemah..beli la sikit dari dia...
Amoi Vietnam Jai oiiiiiiii Beg waaaa... ( lawa laaa)


Cukup Masa kita pun balik lah.. dah jalan2 kan..so balik hotel rehat...rasanya malam tu kita ada dinner..GALA Dinner...HOT and SPICY gitu...
Ok kah?? hahaha 1st time saya guna baju cengini..aduhai ssh juga pakai demi gala dinner saa pakai juga ni baju...hahhaaha.. ala2 boliyut sudah tu..baju sa beli dari REPUBLIKASHAWL daripada sis Aini Majidi


HOT and SPICY


DAY 3 :

ALAMAK... kita shopping lagi...hahaha dan lupa laa pulak rasanya apa2 sajalah kita sempat tengok puppet show..rupanya ada pria ganteng disebalik puppet show tu ya..hahaha.. seronok juga kan tgok2 show mcm ni..dan day 3 juga rasanya kita start pergi ke city hall..




lepas tu kita melawat butik2 ternama... yaaaaa!! btul CHANEL, LV, HERMES.. u named it memang kita pergi terjah tapi terjah dengan ilmu "coaching shopping" hahaha.. kau ade?? takde ke ade??  mentor kata PEGANG, CIUM, dan RASA mana lah tahu boleh beli 1 hari akan datang aminn aminnnn..izinkanlah Ya Allah...sempat juga mencium beg berharga 28k kan..hahaha...tp tak semua diaorang suruh pegang atau sentuh even kamu masuk pun belom tentu diaorang bagi... 


Beg ni bernilai 20,000 +++ aku tak ingat plus tu berapa sekitar 8k kot..dalam 28k gitu lah.. beruntung la sapa dapat beg tu.. semua wanita inginkan beg chanel kan kan kan..tipulaaa kalau ko x nak..kasi sa sajak lah...hahahha




Selepas berjalan2 di city hall kita balik lagi ke pasar bentann...apalagi borong laa apa yang patut..kan..takkan laaa balik tangan kosong..ni semua hadiah untuk protege2 ku yang capai target sales nanti ...
LAST DAY kita pergi ke Hard Rock Cafe dan sekitar poslaju vietnam saya tak tau laa pa naama tmpat tu..tapi tmpt tu ala2 cerita Harry potter laa..hahaha cuma tak ada dinding bole tembus....hihihihni Turun saja dari bas terus ku tangkap muat gambar sama ni polis yang jaga situ..very clasic laa baju diaorang ni kan...

 Ala2 Harry potter punya tempatkan..hahahahahh ala2 laaaa..walaupun korang cakap Taaakk punnn Ada ku kesahh...hahahahhahahaha....

Gambar sajalahhhh... sporting juga diaorang ni...selepas je saya ambik gambar ni.. ada 10 orang Q nak bergambar dengan dia orang hahahaha..alalala kesiannn.. Fames laa tu nanti kan..pak polisi dan ibu polisi..



DAN hari terakhir di Vietnam rasa nak cuti lagi tapi tak apa OSAKA MENANTI inshaa'Allah trip FREE juga...izinkanlah Ya Allah... eh ehhh blom abis gambar ni belom abis cerita..hahha

Babai HO CHI MIHN City.. Inshaa'Allah kita akan jumpa lagi!!


Rasa-rasanya itu saja la untuk Melancong FREE ke HO CHI MINH semoga kita jumpa di OSAKA Jepun bulan March 2016!!.. rasa2 ada tak yang nak melancong FREE bersama kami?? #ProjekSTG memang bestttttt!!!... 
memori sikkan di lupakan yaa  nak join projek kami??
0138654523..


HO CHI MINH
semoga trip ini membuka rezeki dan peluang dan membawaku serta rakan2 bisnes ku untuk ke OSAKA JEPUN March 2016.. izinkanlah Ya Allah..

Tersemat memori my 1st trip ke luar negara...makanan halal..urusan hotel..luggage..transport dan paling penting urusan ibadah pun tetap dijaga.. kalau travel sendiri belom tentu dapat mcm tok...serius kamek padah projek STG membuka peluang untuk ktk orang tambah dan buka peluang mencari rezeki hasil titik peluh sendiri..yang paling penting ianya boleh dibuat PART TIME jak..aukk.. banyak yang kata kamek suri rumah boleh laa sebab banyak masa..tapi sebenarnya hakikatnya ktk orang sendiri tau kerja2 surirumah mcm ney..
24jam kerja arum bulak.. kerja opis..atau apa2pun profession ktk org ya sikkan menghalang impian ktk orang..

Pendek kata orang yang banyak alasan atau berfikir "kelak-kelak" memang sikkan bergerak dari level ya..btul x??
Assalamualaikum...


Ikhlas,
Ticer Nissa
#AuraLegacyTeam