Wednesday, 14 October 2015

SALAM MAAL HIJRAH permulaan hari baru

ANAK MELANAU + IBAN KAWEIN SAMA ANAK KAYAN

Assalamualaikum…

Katanyanya berkongsi macam mana penghijrahan kami 2 suami isteri berhijrah kepada ISLAM.. walaupun keluarga kami semuanya masih beragama bukan islam.. ya..dan bagaimana pula kisah penghijrahan kami berdua..saya cerita dulu lah part jumpa mcm mana ok.. pada suatu hari…..

CHATTING ROOM MIRC punya ANGKARA
kan..serius.. pada tahun 2003 macam tu kalau x silap..saya bekerja di kedai komputer… maknanya cyber station..masa tu internet memang limited tak macam sekarang.. 1jam surf internet dikenakan charge RM4 ke RM5.. tapi saya dulu kerja kan..so all time free..hahahah..kau ade?? takde kan kan kan..hahaha..kita ada chat room.. Yahoo Messenger..friendster masa tu..dan myspace yang wall nya ada berbunga2 atau wall nya bajet paling cantik super cute…ada daun2 live wallpaper kan…hihih (siapa dulu mcm ni mmg tau laa hehehehe) kita berkenalan dalam MIRc (Asl Pls) hahaha.. memula dia ni (suami) pm kita “

hai, Asl pls” saya jawaplaa “20 / f / miri” haaa.. terus terang makk tauuu hahahhaha.. 
pastu saya direct tanya “saya skarang ni nak cari kawan muslim sebab baru nak tahu pasal islam, kalau kamu bukan islam saya taknak kawan” (huhuh punyalaa direct mind set) hahhahaha pastu dia pula tanya saya balik “eh saya pun sama, nampak tujuan kita sama” pastu start laaa kita berbalas2 email kan kan… untuk pengetahuan suami saya ni orang miri juga dan dia masa tu masih belajar di Melaka (Utem) lebih kurang macam tu lah bunyi tempat belajar tu..sebabkan saya ni tak belajar tinggi takat SPM jak..
Suamiku tepi skali dari kiri (berdiri)
masa ni dia masih blaajar lagi lah kan..heheh

zaman bujang-bujang dulu kan kan..hahaha



TAHUN 2004
Saya convert diam-diam tanpa pengetahuan encik suami masa tu (boifren jarak jauh) saya nak tengok sejauh mana dia punya cakap nak convert (sebab dia ckp dia nak convert kan) kot saja je ayat menekel saya masa tu (masa chatting)... so.. saya convert 18 oktober 2004. Dan masa tu suami dah bagitau dia ada cuti semester… dan dia cakap ada perkara nak dibincangkan semasa di Miri. (saya tau tapi buat-buat tak tahu) lelaki kan..hehhe..

pada hari yang dijanjikan.. saya dah start berhijab (masa tu kodak tak ada kamera abis bateri) masa tu tak sempat la nak capture 1st time muka berhijab.. dan jumpa suami..dia dari jauh renung..sampai je face to face saya tanya “nak cakap perkara apa” dia diam je..dia cakap “saya tak jadi cakap” (hek elehhh dalam email kan main dia kan..siap serius emoticon lagi) hahahahaha..  kot ayu sangat saya masa tu kan hahahhaha.. saya dah convert so makan-makan pun kita tak pergi makan tempat macam sebelom-sebelom convert. dan dia balik semula ke melaka, sampailah 2 tahun 
1st time solat raya ke 2nd time..lupa dah,,rasanya tok yang ke 2 ke 3 lah..sebab tok kereta kawan saya tok Nortynie Tahir.

RAYA Pertama kali ahaha aduhai tgok muka pesen seposen ya. 

Raya ke 2 buat saya



DECEMBER 2006
saya yang ajak dia menikah.. (ye saya) bukan suami.. huhuhu sebab saya taknak la cakap-cakap orang kampung..dan cakap-cakap orang dan suami pun setuju (dia pun hairan kenapa la saya ajak dia menikah) hihi.. sebab kan masa tu dia last semester. Saya cakap saya tak kisah kawin tak ada pelamin, tak ada makan-makan, tak ada mas kawen ribu riban, janji sah suami isteri..saya yakin kerana Allah dah bagi petunjuk kat saya (solat istikharah) dia adalah untuk saya.. "Ya, Allah, jika dia baik untuk agamaku, untuk kehidupan duniaku, dan untuk kehidupan akhiratku, maka takdirkan dia untukku, mudahkan segala urusan kami, dan berkahilah. Jika tidak, maka palingkan aku daripadanya dan palingkan dia daripadaku"
dan kami pun pergi menikah ala-ala kadar hanya keluarga terdekat jak tahu kami menikah.. 

Ni jak la yang ada..



“kerja boleh dicari asalkan usaha” betul lah masa dia belajar dia buat part time jadi bell boy di hotel-hotel  melaka, dan saya pula buat 2 kerja dalam 1 hari.. siang di cyber station malam pulak di warung kedai makan..sampailaaaah 6bulan lepas tu saya disahkan hamil. 7bulan hamil tanpa suami bermulalah kisah2 fitnah, orang kata bunting tak bersuami Allah je tahu masa tu.. tapi SABAR saya balas dengan senyuman je.. bila suami balik miri, TUTUP mulut orang sekejap datang lagi 1 cerita yang saya ni menampung suami bukan suami menampung isteri.. maknanya masa saya bekerja dia baru habis belajar… masa tu kami ada motor kapcai jak.. tu pun moto bapak dia yang punya..hahah lucu… tapi saya yakin.. Allah ada rancangan buat kami yang lebih baik..lagi banyak orang mengutuk lagi banyak kebaikkan tu datang. perut memboyot 7 bulan naik moto Ex5 hahaha.. serius men bergegar2 perut ku yang comel tu..hahaha.. 1bulan lepas tu.. dia dipanggil untuk temuduga (kalau x silap dia masuk terus bekerja) dan saya pula tengah tunggu hari untuk bersalin.. alhamdullilah daapat kerja gaji start up dalam 4k ok juga tu kan untuk yang baru nak memulakan hidup suami isteri.… saya stay miri dia pula di bintulu. saya bersalin 24 Feb 2008 lahirkah Ahmad Yahya. tengok muka dia… comel tak..hehhee.. dan 2 hari selepas yahya lahir kami pun dapat kereta baru yup!! our 1st car PESONA KELABU 1026.. dan dari hari ke hari improved lah kehidupan dan sentiasa diperbaiki inshaa’Allah. semuanya dengan izin Allah.
Masa ni dia dah start cari part time gala bini dah nak bersalin kan Gdex Express part time Palace Inn

Ahmad Yahya anak pertama kami yang mengconnectingkan kami sekeluarga heheeh comellll
gerem laaaa...

4 Ahmad berhari raya Tahun  ni 2015



PENHIJRAHAN SEBENAR
KEPADA rakan bukan muslim kami. Tidaklah saya nak mengetepikan kalian.. dan ya macam biasa kami semua masih macam biasa kawan2 even kami pun kadang bercerita pasal agama masing-masing. Bagaimana saya berhijrah? saya dikelilingi oleh rakan-rakan muslim yang tak pernah nak memandang serong atau menghina agama lain sampaikan saya terpikat dengan agama islam. Islam tidaklah sejahat yang orang gambarkan dan tidaklah sesusah yang digembar gemburkan.. ya MANUSIA yang membuatkan nya jadi susah. syukur alhamdullilah keluarga saya sendiri pun terima saya sebagai “orang baru” malah diaorang tukar semua kualii periuk di rumah untuk menghormati saya. (Thank you mak..) yaa sepatutnya kalau ada dikalangan ahli keluarga anda beragama muslim… anda jangan ketepikan mereka..kerana mereka juga manusia.. cuma pegangan agama saja lain-lain. saya respek apa yang mak saya buat supaya kami sentiasa datang dan makan bersama-sama di rumah.. betul kan?? lagi kita mengecam dan mengeji agama orang lain.. takkan ada seorang pun suka dengan kita. walaupaun adik beradik sendiri. kalau kita respek agama orang orang akan respek juga kita.. betul..??? respek each other so we can connect everytime bila2..sik payah nak meroyaannnnnn.  dan saya berhijrah juga.. atas saya mimpi membaca Yaasin…ya waktu tu bulan ramadan. perkataan ayat pertama saya dengar adalah “Yaaasinnnn….” semenjak tu saya cari makna ayat-ayat tu.. ya itu lah bermula penghijrahan saya. yang mungkin orang kata tak masuk akal..tapi semuanya rencana Allah. kita semua ada pegangan. saya juga ada ramai kawan non muslim, mereka semuanya baik-baik dan respek pilihan saya. Thank you gojesss.. muaahciked… hehehe..sium kuyukk.. 
Jika baik solat ku maka baiklah agama ku
jika baik agama ku maka baiklah akhlak ku.

Ni geng keras walaupun agama lain kan..
tapi dia respek saya dan saya pun respek dia.. syukur ada kawan mcm ni


Abang saya tok Alai ataupun nama sebenar Huzaifah @ Peterson
Semasa keramaian bahagian bukan islam kita pun dijemput dan juga menghadiri
inilah yang saya suka..kerana mereka faham apa yang saya "boleh" dan "tak boleh"




PENGHIJRAHAN SUAMI
suami convert sebelom menikah. saya tahu kenapa dia nak berhijrah, tapi saya tak nak cerita kat sini. takut-takut ada yang kecik hati kelak. apa-apa pun.. suami boleh baca Al-Fatihah 2 hari selepas convert, dan Doa Qunut (nak kawen punya pasalkan hahahaha) 
kalau nak tau nanti2lah dia akan story mory.


Biar imam ku sendiri cerita nanti ya..



RUMUSAN
JANGAN Lihat status orang dari luaran kerana kita tak tahu masa depan

JANGAN menilai KOCEK orang kerana kita tak tahu apa yang kita tak nampak

Kalau nak kawen zaman sekarang tak perlu nak Loan loan bagai..sebab apa yang penting adalah SELEPAS KAWEN..nanti susah nak baayar balik betulll….kita yang nak kawen yang buat keputusan bukan mak baapak kita.. doa selamat sikit ok la tu.. jangan memberatkan pihak2 yang tak mampu dengan permintaan yang melampau-lampau.

Bantulah suami kitak orang sebab nya sikkan mampu naik sorang-sorang tanpa sokongan isteri.

Hormat agama lain sebab islam tak mengajar kita untuk menghina agama lain. 

Hormat mak bapak kita walaupun agama kita bertukar.. tapi mak dan bapak adalah mak dan bapak kandung yang melahirkan kitak selama 9bulan :( :( (thank you mak)


Thank you mak....


yahh end of story
JANGAN DENGAR apa orang kata dan Yakin pada SUARA DALAMAN sendiri. Kerana anda sendiri yang menentukannya..jangan kerana 1 cerita yang sik best ya dari 1 pihak, semua pihak di salahkan...

Salam Maal Hijrah,
Ticer Nissa
Carolyne Nissa 
Ticer Nissa  :)





1 comment: